Blinking Cute Box Panda

Sunday, March 9, 2014

Cara tukar keyboard tulisan Jawi



Pada kali ini, aku nak ajar korang cara yang paling mudah untuk install tulisan jawi tanpa sebarang software. Paling penting korang menggunakan Windows tidak kira XP, Vista , Win 7 atau Win 8 .

Langkah-langkah install tulisan jawi:
1. Klik start dan klik pada Control Panel.
2. Seterusnya, Klik Region and language.







3. Dibahagian tab, klik Keyboards and Languages.
4. Terdapat dua bahagian yang perlu kita buat ialah klik pada Change Keyboards.






5. Kemudian akan terpapar satu lagi paparan. Anda hanya perlu klik Add dan cari Arabic (Saudi Arabia). Setelah itu, klik ikon “+” pada Keyboards dan Other. Tick pada bahagian yang aku tunjukkan di gambar ini. Kemudian, klik OK.









6. Seterusnya, korang perlu tekan button Apply dan OK.
7. Setelah siap, lihat dibahagian sebelah tray. Klik pada ikon tersebut dan akan terpapar pilihan tulisan. Untuk mengaktifkan penggunaannya, korang perlu klik pada tulisan yang korang mahukan dan terus boleh guna.




Selepas ini, korang boleh mencuba semua jenis tulisan dengan mengikut langkah-langkah yang aku tunjukkan. Kepada yang menggunakan tulisan jawi, selepas ini korang boleh beli sticker khas jawi atau buat sendiri.

Try This

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Flaming Pointer